PROGRAM MERENTAS DESA SK STUNGKOR
1 Murid 1 Sukan
Salam Sejahtera..
Program Merentas Desa SK Stungkor merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun . Program ini melibatkan semua murid Tahap Tahap 1 dan 2. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.
Program Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
- Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
- Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
- Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
- Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
- Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
- Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.
Gambar semasa program berlangsung
Berzumba sebelum memulakan acara
Taklimat yang diberikan oleh Cikgu Azman
Persediaan
Acara dimulakan
Pra Sekolah juga turut tidak ketinggalan
PIBG juga turut terlibat dalam Acara Terbuka
Antara wajah-wajah pelajar dan PIBG yang berjaya dalam Acara Program Merentas Desa
No comments:
Post a Comment